Saturday, 27 December 2014

Popularnya Dia (Part 7)

Dia cakap dia okay tapi aku tengok sepanjang dekat kolej dia macam tak okay? Risau pula tengok Alis. Ya Allah engkau berilah kekuatan kepada sahabatku ini agar dia kuat menghadapi dugaanmu Ya Allah. Aku tahu selama ini banyak ujian yang dihadapinya tetapi aku selalu melihatnya seolah-olah kuat menghadapi semua itu tapi tidak kali ini. Doa Bat di dalam hatinya agar sahabatnya itu kuat menghadapi dugaan kali ini.

"Alis, kau okay tak ?"
"Aku okaylah. Kau jangan risau."
"Kau tipu! Kau tak okay aku tengok. Kau janganlah macam ini Alis, aku tak boleh tengok sahabat baik aku sedih. Kau tak macam Alis yang dulu. Mana hilangnya sahabat aku yang happy go lucky ? Dah ke laut ? Come on lah babe. Takkan kau nak bersedih lagi ? Dah sebulan abang sulung kau pergi. Kau tak kesian ke abang kau dekat sana? Dia mesti kecewa kalau kau macam ini. Orang yang pergi tetap pergi takkan kembali babe. Kau kata kau nak kuat tapi aku tengok kau kuat depan family kau je tapi dekat kolej macam aku bercakap dengan tunggul. Wake up lah babe !! Kau sedar tak semua orang perlukan kau saat ini. Kau tak kesian keluarga kau? Fikir kau seorang je yang sedih ? Sudah lah kawan. Hidup harus diteruskan walaupun apa jua ujian yang kau hadapi. Exam dah dekat, kau tak fikir ke sebab benda ini keputusan kau boleh terganggu. Bangunlah Alis daripada mimpi sedih kau! Tolong jadi kawan aku yang dulu kuat macam dulu. Aku tak sanggup tengok kau macam ini. Rasanya aku dah banyak bercakap. Terserah kaulah nak dengar ke tak sebab aku dah penat nak nasihat kau tapi kau taknak dengar. Kalau kau rasa kau sayang abang kau berhenti bersedih macam ini. Jadilah Alis yang dulu. Okaylah aku nak pergi kelas dulu. Assalamualaikum."

Waalaikummussalam balas Alis dalam hatinya setelah Bat meninggalkan dirinya di dalam bilik sendirinya. Bat maafkan aku. Aku tak tahu kenapa aku jadi lemah macam ini. Sungguh aku tak sangka abang aku pergi secepat ini. Aku sedih sangat. Aku tahu aku tak patut jadi macam ini. Terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Aku cuba untuk jadi diri aku yang dulu.

Alis mula sedar akan sikapnya ini menyebabkan rakan-rakannya sedih melihatnya menjadi sedemikian. Alis bersiap sedia ke kelas memandang ada masa lagi sejam untuk pergi ke kelasnya. Aku sayang kau sangat Bat sebab sedarkan aku.

"Bat kau ada cakap apa-apa ke dekat Alis pagi tadi ?" soal eliya kepada Bat.
"Ada. Aku ceramah dia supaya dia sedar kesilapan dia. Aku tak sanggup dia jadi macam itu. Dia tak fikir ke semua orang tengah risaukan dia. Keluarga dia selalu call aku tanya Alis okay? Aku hanya jawab okay tapi hakikat dia tak okay. Aku penat nak tipu keluarga dia. Itu yang aku nasihat kaw-kaw pagi tadi."
"Aku rasa nasihat kau dah masuk dalam minda waras dia."
"Maksud kau Eliya ?" pelik Bat melihat jawapan Eliya tadi.
"Itu! Alis masuk kelas hari ini dengan senyuman dia macam selalu. Serious, aku bangga gila dengan kau Bat. Kawan kita dah kembali. Bat terima kasih gila sebab kembalikan Alis dekat kita semua!"

Rakan-rakan sekelas Bat tersenyum gembira melihat perubahan Alis yang mula tersenyum seperti dahulu. Thumbs up ditunjukkan kepada Bat kerana telah berjaya mengembalikan rakan sekelas mereka yang paling senget.

"Ariel! Ariel! Ariel!" Alis sudah penat menjerit nama Ariel yang berada di padang.
"Ariel, budak akaun panggil kau tu." Jerit Hilman kepada Ariel agar berhenti berlatih seketika."
"Mana kau tahu budak tu course akaun?" soal Ariel pelik kepada Hilman.
"Oh, kita orang jiran sebelah rumah dekat Puchong itu yang tahu. Pergilah, dia panggil kau tu." Jawab Hilman kepada Ariel.

Ariel berjalan ke tempat rehat yang mana tempat Alis memanggilnya.

"Kenapa kau cari aku ?"
"Kad Matrik aku mana ?"
"Bukan aku dah bagi dekat Bat ke hari tu masa kau cuti?"
"Huh? Bilanya? Bat tak bagi tahu aku pun."
"Manalah aku tahu dia. Lagi satu kau tanya Bat apa hutang kau dekat aku. Aku dah bagi tahu semua dekat dia. Pasal assigment aku tu cancel."
"Kenapa kau tiba-tiba baik hati bagi kad matrik aku dekat Bat?"
"Bila masa aku baik hati bagi ? Ada denda okay. Tanya semua dekat Bat. Okay, memandang kau dah takde nak tanya apa-apa aku nak pergi berlatih dulu. Assalamualaikum." Ariel meninggalkan Alis kebinggungan di situ tanpa ada jawapan daripadanya.

Maaflah Alis. Aku tak sampai hati nak denda kau macam tu. Lagipun aku tahu kau masih sedih lagi belum pulih sepenuhnya walaupun aku tengok kau dah mula senyum. Sebenarnya masa abang kau meninggal aku nampak perhatikan kau je masa tu sebab aku tahu hati kau sedih sangat itulah aku tak jadi nak buli kau sampai macam itu sekali. Tapi kali ini aku akan cuba buat kau gembira dan tak sedih lagi. Tunggulah Bat bagi tahu kau nanti. Bicara Ariel di dalam hatinya sambil tersenyum sendiri sebelum kembali ke padang.

Eh, kenapa tiba-tiba dia baik hati dengan aku ye? Peliklah si Ariel nie, hari tu bukan main nak suruh aku buat assigment dia bagailah tapi bagus juga dia tak jadi nak buat benda tu. Takpe nanti tanya Bat apa yang mamat tu nak aku buat. Harap bukan perkara yang merepeklah. Haru hidup aku nanti.

Bat dimanakah engkau ? Penatlah aku dail nombor kau tapi tak jawab-jawab. Janganlah buat aku makin risau apa kemahuan mamat poyo tu. Mahu menangis tak berlagu aku lepas nie kena dengan mamat tu. Bicara Alis di dalam hatinya.





Tuesday, 2 December 2014

Popularnya Dia ( Part 6 )

                Selesai sudah mengebumikan along di tanah perkuburan Pulau Meranti tepat pukul 12 tengah malam. Aku tidak sangka begitu cepat Allah mengambil along daripada kami. Kini , aku benar-benar kehilangan seorang abang sulung yg selama ini aku kagumi. Air mata mengalir sedikit demi sedikit dengan derasnya di dalam bilik Kak Ngah untuk mengaburi mata ahli keluargaku supaya tidak mengetahui aku sedang menangis.

Kak Ngah memasuki bilik kerana ingin mengambil sesuatu. "Alisya , kamu menangis dik ?" Entah bagaimana Kak Ngah dapat mengesan sedu-sedan daripadaku.

"Mana ada ! Orang mana menangis." Jawabku.

"Jangan nak tipu Kak Ngah. Akak tahu kau nangis. Janganlah macam ini dik, kalau along masih hidup mesti along kecewa dengan kita sebab menangisi pemergiannya. Kesian along terseksa dekat sana. Alisya sayang along kan dik ? Kalau sayang kena kuat. Akak tak nak tengok adik akak sedih." Air mata Kak Ngah menitis saat memujuk aku agak berhenti menangis kerana dia pun merasai kehilangan seorang abang.

"Orang tak nangislah, orang sakit perut sebab dari pagi tadi makan roti je. Balik daripada kolej pun mana sempat nak jamu apa-apa sebab penat sangat." Sekali lagi aku menipu Kak Ngah agar menyangka aku tidak menangis walaupun hakikatnya aku menangisi pemergian along.

"Okay, kalau macam itu dah jangan nangis. Nanti kita makan eh ?" Kak Ngah cuba memujuk agar tangisan aku berhenti kerana dia mengetahui hakikatnya aku menipunya untuk menyedapkan hati seorang kakak.

**********

"Alisya takde kelas ke hari ini ?" Soal abah prihatin terhadap pelajaranku.

"Ada tapi malaslah nak pergi kelas. Minggu depanlah Alisya pergi kelas lagipun banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan abah ?" Alisya sebenarnya enggan pergi ke kelas sebab pertama hatinya belum cukup kuat untuk menerima hakikat abangnya telah pergi dan kedua dia pergi berdepan dengan lelaki bernama Ariel Ramadhan yang bakal menyusahkan hidupnya.

"Alisya janganlah macam ini, mesti along sedih kalau tahu adiknya tidak mahu ke kelas selepas yang terjadi. Alisya tahu bukan along nak sangat adik kesayangan dia belajar sehingga berjaya dan banggakan mama dan abah. Lagipun Alisya dah janji dengan along kan sayang belajar rajin-rajin sebelum along pergi? Walaupun apa pun terjadi Alisya perlu kuat. Allah tidak akan menguji hambanya luar daripada kemampuan mereka. Buang semua rasa kesedihan Alisya buktikan pada mereka yang Alisya kuat hadapi semua ini. Abah tahu anak abah kuat."

"Insha Allah abah orang akan kuat. Doakan Alisya ya abah ?"

"Abah sentiasa doakan anak abah. Dah jangan nangis lagi , tak cantik anak abah menangis."

Aku tersenyum apabila abah bergurau sedemikian. Selama ini abah kesedihan setelah beberapa hari kehilangan along. Betapa kuatnya abah mengahadapi semua ini. Kenapa aku tidak sekuat abah untuk kuat mengharungi semua ini? Sepatutnya aku lebih tabah berbanding abah dan mama. Mereka lebih terasa kehilangan kerana merekalah insan yang paling gembira apabila mengetahui kelahiran along di muka bumi ini.

Mulai hari ini aku perlu kuat hadapi semua ini. berhentilah segala tangisan. Aku perlu kuat sepertimana mereka kuat hadapi semua ini. Jangan pernah putus asa berdoa itulah kekuatan kita perlu ada. Aku tersenyum sendiri mengeluarkan kata-kata azimat di lubuk hatiku sebagai semangat untuk aku bangkit.

Alisya terus bangkit daripada kedudukannya sekarang dan terus menuju ke bilik Kak Ngah merangkap bilik perkongsian mereka adik-beradik perempuan. Alisya mengemas buku-buku yang dibawa pulangnya beberapa hari lepas dan menukarkan pakaiannya untuk pulang ke asrama kolejnya. Setelah puas mengemas barangnya, Alisya terus menyalami ahli keluarganya dan meminta izin untuk pulang ke asramanya di Bangi. 

"Alisya benar-benar ingin pulang ke kolej ? Sudah kuatkah Alisya untuk menghadapi semua ini ?" Tanya abah sekadar menguji.

"Alisya okaylah abah, no need to worry about me. If  something happen , just call my number. Okay abah ?" ucap Alisya sambil tersenyum kepada abahnya yang amat risau akan keadaan dirinya.

"Okay, now abah not worry about you anymore Alis. Take care of yourself sayang. If you need help , call us." Pesanan abah kepada Alisya.

Selepas menyalami ahli keluarganya Alisya memasuki perut kereta dan sebelum memulakan perjalanan Alisya melambai ahli keluarganya. Walaupun jarak rumah di Puchong dengan Bangi tidaklah sejauh mana tetapi dia pasti akan merindukan kasih sayang mereka. Atas tuntutan pelajaran di perlu kembali ke kolejnya dan cuba menyibukkan dirinya agar tidak terlampau memikirkan kehilangan alongnya. Dia perlu menerima hakikat semua ini dengan hati yang redha walaupun sakit. Dunia sebenarnya tidak kejam terhadap dirinya tetapi realiti kehidupan manusia yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya kerana Dia-lah yang berhak terhadap mahkluk yang diciptakan-Nya.

       
              

Friday, 5 September 2014

Popularnya Dia (Part5)

                       Dalam perjalanan pulang ke asrama Alisya mendapat panggilan daripada adiknya untuk memintanya pulang ke rumah dengan segera kerana abang sulungnya di timpa masalah. Tanpa berfikir panjang Alisya terus pulang ke rumahnya di Puchong. Sesampai dirumahnya , Alisya melihat adik-adiknya di dalam rumah berdiam. Dia bertanya kepada adiknya apa yang terjadi terhadap abang sulungnya.

"Adik, kenapa dengan along?" Tanya Alisya dengan suara kerisauannya.

"Adik tak tau. Tadi Mak cik Liya suruh call kakak balik sekarang lepas tu datang rumah Mak cik Liya." Tanpa berfikir panjang Alisya terus ke rumah jirannya ingin mengetahui lebih lanjut tentang abang sulungnya.

"Assalamualaikum. Mak cik Liya oh Mak cik Liya !"

"Waalaikummussalam. Sampai akhirnya kamu. Masuk , duduk dulu." Mak cik Liya tidak memulakan bicaranya berkaitan abang sulung Alisya kerana risau mereka salah orang.

"Kenapa Mak cik suruh adik saya call saya untuk datang ke rumah Mak cik." Alisya terus menanyakan perihal abangnya.

"Macam ini , abang Rizal dapat panggilan daripada kawan dia dekat Poliklinik yang mengatakan bahawa salah seorang orang dekat kawasan perumahan kita terlibat dengan kemalangan. Tapi Mak cik tak berani cakap itu abang kamu ke tidak. Boleh kamu call abang kamu dulu sebelum kamu pergi melawat dekat sana ?"

"Huh , sekejap Mak cik." Alisya terus membuat panggilan kepada abangnya. Kenapa along tak jawab panggilan orang ? Along tolong jawab please. Orang risau nie , janganlah apa yang Mak cik Liya cakap nie benar. Tapi kenapa kak Ngah , Kak Echa , Mama and Abah tak cakap apa-apa ?

"Abang saya tak jawab panggilan saya. Asyik masuk voicemail."

"Macam nie lah Mak cik suruh pak cik hantar kamu ke sana risau apa-apa jadi dekat kamu kalau kamu memandu sendiri ke sana. Sekejap ye mak cik panggil pak cik."

"Baiklah, mak cik." Ya Allah , jangan apa-apa yang terjadi kepada along. Aku tidak sanggup menghadapi kehilangannnya lagi.

"Jom , kita pergi sekarang !"

"Baik, pak cik." Setitis demi setitis air mata ini mengalir di tubir mata ini. Ya Allah , adakah aku kuat untuk hadapi dugaan ini ?

Sampai di bilik kecemasan aku terlihat beberapa anggota polis dan motorsikal yang dibawa along untuk pergi ke tempat kerjanya pagi tadi. Tanpa berfikir panjang aku terus masuk ke dalam bilik kecemasan tersebut dan melihat sekujur tubuh terbaring di katil itu dan tubuhnya dilitupi dengan kain putih.

Aku menghampiri katil itu dan membuka kain yang menutupi sekujur tubuh tadi. Air mata aku kini mengalir semakin deras. Adakah ini benar atau aku masih bermimpi yang abangku telah tiada ? Ya Allah , adakah aku mampu untuk kuat hadapi dugaanmu ini ? Mengapa engkau mengambil dirinya daripadaku ?

Aku perlu kuat ! Aku tidak seharusnya menangis meratapi pemergian along. Sekarang aku perlu call Kak Ngah , Kak Echa , mama dan abah dengan segera. Saat diri ini membuat panggilan kepada mereka, aku cuba untuk menenangkan hati ini kerana aku perlu kuat hadapi dugaan ini. Along pergi pasti ada hikmahnya. Aku tidak boleh menangis kerana pasti along kecewa dengan diriku. Alisya you need to strong right now. Don't crying like childish. 

Popularnya Dia (Part 4)

Setelah seharian suntuk memikirkan syarat si mamat poyoo a.k.a Ariel, Alisya mengambil keputusan untuk melakukan apa yang di suruh oleh Ariel demi kad matriknya. Bukan lama sangat pun, nanti dah siap semua tugas aku sebagai tukang menyiapkan assigment dia mesti dapat balik kad matrik aku. Redha jelah kalau kena buat assigment dia.

Waktu yang telah dijanjikan hampir tiba. Alisya menunggu Ariel di tempat semalam yang mereka terserempak. "Harap dia ingat janji aku dengan dia nak jumpa dekat sini." Alisya takut kemungkinan besar Ariel akan memungkiri janjinya sendiri. Tidak sanggup rasanya menunggu orang, Alisya bukannya seorang yang penyabar seperti Bat.

"Kenapa aku rasa hari ini macam ada yang tak kena eh? Aku ada janji dengan kawan-kawan aku ke? Baik aku check aku phone memo dekat phone mana tahu ada." Setelah puas menilik memo yang di simpan di dalam application telefon pintarnya, Ariel baru teringat yang dia berjanji dengan seorang budak perempuan yang bernama Alisya.

Peluang terbaik bagi dirinya untuk mengetahui keputusan Alisya dan sambil itu bolehlah nak kenakan budak perempuan itu. Jadi kuli batak aku untuk buat assigment, indahnya hidup aku. Hahaha. Ariel berbicara sendirian sambil berjalan ke tempat yang dijanjikan oleh mereka.

"Manalah mamat nie? Ingat aku nie apa? Takkan nak tunggu dia lagi lama? Penatlah aku. Bilanya aku nak rehat? Assigment aku berlambak nak disiapkan nie." Alisya berbicara di dalam hatinya sendirian sambil membayangkan dirinya menjadi mangsa Ariel untuk membuat assigment Ariel.

"Awak!!" Tegur Ariel apabila melihat Alisya masih berangan-angan.

"Huh? Sampai pun akhirnya awak ! Ingatkan lupa janji semalam."

"Mana ada lupa. Lain lah tuan punya pemilik kad matrik lupa. Hahaha"

"Hish, menyampah plak aku dia perli. Ada jugak kena sepak juga karang." Bicara Alisya perlahan.

"Eh, awak cakap apa tadi ? Ingat saya tak dengar ke? " Bukan main nampak dia nak sepak aku.
Marah betul. Hahaha.

"Awak salah dengarlah. Saya mana ada cakap apa-apa. Okay , straight to the point. Saya setuju untuk buatkan assigment awak tapi dengan syarat setelah tamat tempohnya kad matrik saya perlu dipulangkan semula. Deal ?"

"Saya setuju !! Tapi tempoh awak kena buat assigment saya mestilah selama seminggu dan awak perlu ikut saya ke mana-mana untuk saya berikan bahan research saya yang perlu awak lakukan sebelum siapkan assigment saya. Al-maklum saya bukan sama course pun dengan awak. Deal ?" Perli Ariel dalam bicaranya.

"Saya setuju. Tapi pasal ikut awak itu tak boleh ! Saya mestilah nak hak kebebasan sendiri, suka hati sayalah. Awak boleh bagi semua bahan research tu. Pandai-pandailah saya cari nanti." Fikir aku nak ikut kau pergi mana-mana ? Memang taklah. Better aku pergi tenangkan diri duduk lepak dekat tasik tengok keindahan alam, adalah manfaat dia. Alisya menyampah dengan syarat seterusnya yang diberikan oleh Ariel.


"Okay, kalau macam itu. Terserah awaklah nak ikut ke tidak syarat saya. Kalau tak kad matrik awak takkan dapat sampai bila-bila." Padan muka kau siapa suruh cari pasal tak nak dengar cakap aku. Ariel bengang dengan sikap degil insan dihadapannya itu.

Nak ikut ke tidak syarat dia ? Kalau tak kad matrik aku ? Hmmm, nak buat macam mana? Aduhai , terima lah wahai hati sebelum kad matrik jahanam dikerjakan oleh si Ariel nie.

"Okay , saya terima semua syarat awak ! First of all , boleh tak tukar panggilan kita nie dengan kau-aku ? Lagi bagus bukan ? Menyampah plak perkataan awak-saya dengan kau nie." Bicara Alisya secara spontan tanpa memikirkan perasaan Ariel.

"Kau mulut memang takde insurans kan ? Bahasa tu eloklah sikit walaupun bengang dengan aku ? Boleh cakap guna bahasa sopan sikit kan. Fikirlah perasaan orang lain, jangan suka main redah bahasa bijaksana kau yang sangat bagus tu." Marah Ariel terhadap sikap Alisya.

"Hmm, yelah. Salah aku, maaf tak sengaja dan lagi satu amik kertas nie ! Ini nombor telefon aku. Nanti kau dah ada assigment mesej atau whatsapp aku. Jangan pernah call kalau bukan urusan penting. Ada apa-apa lagi ? Boleh aku balik sekarang?"

"Okay, terima kasih. Takde dah. Baliklah kau sekarang malam nanti aku bagi tahu assigment aku yang perlu kau siapkan."

"Okay, assalamualaikum." Ucap Alisya sebelum meninggalkan Ariel.

"Waalaikummussalam."

                               





Sunday, 10 August 2014

Popularnya Dia (Part3)

Setelah 2 hari lepas barulah Alisya mengingati yang kad matriknya hilang 2 hari lepas. Itulah banyak sangat kerja yang nak dibuatnya sampai lupa kad matrik. Bila Bat tanya lagi sekali baru nak ingat. Semasa dalam perjalanan ke perpustakaan yang terletak di Blok B, Alisya ternampak seseorang yang dia terlanggarnya minggu lepas. Tapi Alisya takut pula ingin menegurnya kerana takut salah orang.
"Nak tegur ke tak eh ? Nanti salah orang malu habis aku. Hmmm, macam mana nie ? Tegur jelah, kad matrik dahlah penting." Setelah puas berbicara di dalam hatinya, lantas Alisya menegur insan itu. 

"Eh, awak!" Alisya memanggil lelaki tersebut. 

"Awak cakap dengan saya ke?" Ariel berlagak poyo di hadapan gadis itu. Tapi dalam hatinya berbicara, bukan dia ke budak aku terlanggar 2 hari  lepas ? Macam dialah, muka mirip sangat. 

"Ye, saya bercakap dengan awak. Adakah awak insan yang saya terlanggar 2 hari lepas?" Please, say yes! Aku dah buntu idea nak cari kad matrik aku. 

"Ye, memang saya. Kenapa?" Aku rasa aku tahu kenapa dia cari aku. Mesti kes kad matrik dia. Haha. Jangan haraplah aku nak bagi dia. Ariel berbicara di dalam hatinya sambil tersenyum.

Eh, mamat nie boleh tersenyum plak masa aku tanya dia. Sawan ke apa mamat nie? Takut plak aku nak tanya. "Ada tak awak terjumpa kad matrik saya masa terlanggar awak 2 hari lepas?"

"Kad matrik? Ada ke tak eh? Hmmm , macam takde. Saya tak ingatlah." Ariel saja menguji Alisya, teringin juga dia melihat wajah gadis itu yang kecewa. Hahaha. 

"Awak boleh serius tak? Kad matrik tu penting." Kang tak pasal-pasal dilabel bukan student dekat sini plak saya." Alisya sudah buat wajah bengang di hadapan lelaki tersebut.

Eh, bukan main lagi dia buat muka bengang depan aku. Tak pernah-pernah mana-mana perempuan buat mimik muka macam tu. Takkan dia tak perasan langsung aku BUDAK PALING POPULAR dekat sini? Bisik Ariel dalam hatinya.

"Okay, fine. Saya ada jumpa kad matrik awak. Tapi saya takkan serahkan kad matrik awak kalau awak tak ikut arahan saya. Macam nie kalau awak nak kad matrik awak balik, awak kena buat setiap assigment saya yang diberi oleh penyarah saya. Macam mana ? Boleh ?" Masanya aku nak kenakan perempuan nie. Hahaha.

Haish, mamat nie menguji kesabaran. Kau fikir kau siapa nak suruh aku buat semua tu? Bagi jelah kad matrik aku kan senang. Macam mana nie? Assigment aku pun suka buat last minute nie plak nak buat assigment orang. Botaklah kepala aku menggila menghadap laptop buat assigment.

"Bagi saya masa satu hari. Nanti saya bagi tahu awak esok. Boleh?"

"Boleh. Tapi macam mana awak nak bagi tahu saya esok?" Inilah masanya untuk aku minta nombor dia boleh jual dekat member-member. Hahaha. 

"Okay, macam nie apa kata kalau esok kita jumpa dekat pustakaan pukul 3 petang. Boleh ?" Alisya cuba berdiplomasi dengan baik dengan mamat nie.

"Why not you just give your number phone? Lagi senang nak contact awak." Minah nie nak mengelak daripada aku minta nombor dialah tu. Hahaha.

"What? Number phone ? No way! My number phone is private." Gila apa aku nak bagi nombor aku dekat dia? Mati aku. Jangan harap. Sampai mati aku takkan bagi.

"Okay, kalau macam tu ikut suka awaklah. Saya ikut idea awak tadi. Esok di sini, jangan lambat!" Takpe, rilek Ariel ada masa lagi nak kenakan perempuan nie. Tunggu kau. 

"Okay, promise!" Malas aku nak layan gila mamat nie. Baik jalan cepat sebelum kena lagi teruk. Tak pasal-pasal dia minta lebih plak.

Alisya pergi meninggalkan Ariel tanpa memberitahunya. Semua kerana dia perlu berfikir sehabis mungkin untuk mendapatkan kad matrik lelaki itu. Tapi lupa plak aku nak tanya nama dia. Aduhai, macam mana nie ? But seriously kenapa muka dia mirip sangat dengan Ariel Ramadhani. Takkan dia Ariel Ramadhani plak. Haish, mustahil! Tak mungkinlah. Ariel Ramadhani bukan baik ke? 

Alisya sangat meminati Ariel Ramadhani sejak dia kecil lagi. Macam mana kenal Ariel ? Mestilah masa mula-mula masuk realiti tv lagi. Bermula dari situ Alisya minat dengan Ariel tapi tidak sefantik orang lain yang terlampau mengambil tahu setiap gerak geri Ariel. Dia bukan perempuan jenis demikian.

                                             *************************

"Alisya macam mana kau punya kad matrik dengan lelaki tu? Dah dapat belum?" Bat cuba bertanya selembut yang mungkin kerana melihat wajah Alisya yang tengah serabut.

"Dia tak bagi. Dia kata kalau nak kena buat assigment dia selama seminggu baru dia bagi kad matrik aku. Macam mana nie ? Nak buat ke tak nak ? Assigment aku pun dah macam gunung tak siap-siap lagi, ini plak nak siapkan assigment orang. Kerja gila betul, penatlah aku bersekang mata depan laptop."

"Kalau itu jelah jalan untuk kau dapat kad matrik kau, buat jelah. Okay apa buat assigment orang boleh lah kau tahu mamat tu amik course apa dekat kolej kita. Lagi satu mengajar kau untuk belajar menyiapkan assigment dengan segera ada faham? Hahaha."

"Melampau kau Bat! Gelakkan aku. Sampai hati, merajuk jugak dengan kau karang." Alisya sudah tarik muka untuk tidak memandang Bat kerana memberi nasihat sedemikian. Kejam baginya, tiada belas kasihan langsung.

"Alolo , aku gurau jelah. Tapi okay apa. Kau buat jelah kay, nanti kalau ada benda yang patut aku tolonglah kau buat. Jangan risaulah." Bat cuba untuk memujuk Alisya dengan nada suara yang manja.  
"Hmm, kalau kau dah cakap macam tu. Aku ikut jelah. Harap takde lah mamat tu minta macam-macam lagi lepas nie. Amin." 

Mereka berjalan beriringan ke surau untuk menunaikan solat zohor yang baru sebentar tadi masuk waktu zohor. Selepas solat zohor Alisya pulang ke asmaranya untuk berehat memandangkan tiada kelas untuk petang ini. 

Sepanjang perjalanan dia memikirkan adakah itu cara yang terbaik yang patut dia lakukan. Takut tersalah langkah, buruk padahnya. Ya Allah , adakah ini jalan yang terbaik untuk aku lakukan? Semoga ini yang terbaik. Amin.








Saturday, 9 August 2014

Popularnya Dia (Part2)

"Alhamdulillah , selamat jugak aku daripada kena dengan Cik Aulia semua sebab mood Cik Aulia gembira semacam. Mesti kes suami bagi bunga untuk dia tak pagi tadi ? Hahaha. Astagfirullahal'azim , bertaubatlah Alisya daripada mengumpat Cik Aulia bertambah dosa kau." Alisya berbicara di dalam hatinya. Tapi sebenarnya dia begitu gembira apabila Cik Aulia tidak mendendanya.

"Alisya !!" Bat memanggil namanya sebelum keluar kelas. Bat ialah singakatan nama buat Batrisya rakan baik Alisya. Mereka kenal sejak zaman sekolah menengah lagi. Maka, Bat sentiasa mengambil tahu setiap yang terjadi terhadap diri Alisya. Minah senget yang suka membahan dia apabila mereka lepak beramai-ramai.

"Kau boleh tak panggil nama aku elok-elok sikit? Kau ingat aku pekak apa? Pergi jerit nama aku kuat-kuat. Telinga aku belum jadi telinga kuali lagi. Masih boleh pakai okay !" Tak sah kalau tak membebel satu hari si Alisya. Bat dah buat aura-aura bosan dengan perangai senget dia. Tapi apakan daya kawan sehidup sematilah katakan. Hanya mampu redha dengan sikap Alisya.

"Okay, fine. Kau boleh tak sehari tak membebel ? Dah naik bernanah telinga aku dengar. Sebab apa kau masuk kelas Cik Aulia lambat tadi ? Nasib baik mood Cik Aulia tengah baik tadi, kalau tak menangis tak berlagu kau kena denda. Hahahaha." Nama pun sahabat baik, memang sebijiklah perangai mereka ini.

"Kau nak tahu sebab apa? Tadi aku tengah kelam-kabut nak berkejaran masuk kelas Cik Aulia, aku terlanggar dengan satu makhluk hamba Allah yang entah turun daripada planet mana! Hahaha." Lagi satu perangai si Alisya yang memang minta penyepak daripada si Bat. Baran habis si Bat mendengar loyar buruk si Alisya.

"Kau boleh serius tak ? Aku tanya betul-betul nie. Orang makan nasi kau makan kaki tengahari nie!" Apabila Bat sudah mengeluarkan ayat power dia, tiada insan yang mampu melawan. Takut betul-betul dia buat.

"Aku cakap betullah. Tadi aku terlanggar dengan seorang lelaki. Tapi macam kenal muka dia sebab familiar sangat dekat Kolej ini. Masalahnya tadi masa terlanggar aku mana tengok sangat muka dia sebab duk kutip buku aku yang tertabur dekat lantai. Dia adalah jugak kenalkan diri tapi aku nak kejar kelas Cik Aulia mana nak otak berfungsi ingat nama dia. Hahaha. Eh , kejap! Mana aku punya kad matrik eh ?"

"Ouh , okay. Patutlah, lain kali jangan tidur lambat hanya semata-mata kau ada idea untuk menulis mak nenek. Tengok kan dah bangun lambat. Kad Matrik kau ? Manalah aku tau, jumpa kau pun lepas kelas sekarang nie. Tapi tak silap aku masa kelas kau memang tak pakai kad matrik."

"Sah! Kad matrik aku dengan mamat tadi. Macam mana nie Bat ? Aku mana ingat nama mamat yang langgar aku tadi. Hmmm, ini yang buat aku nak nangis!!" Alisya memang seorang yang pelupa orangnya tambahan pula kalau kelam kabut memang langsung tak ingatlah apa orang cakap dekat dia.

"Hah! Apa kata kau ingat balik nama mamat tadi? Mana tahu ingatan kau pulih kembali ke ?" Bat cuba untuk memberi idea kepada Alisya supaya tidak terus menerus memikirkan cara untuk mencari kad matriknya.

"Hah, idea bijak! Tapikan buat masa nie nanti dululah aku ingat nama mamat tu. Nak pergi makan , perut dah nyanyi lagu rock kapak. Hahaha. Jom pergi makan Bat!" Bat hanya mengikuti kehendak Alisya untuk ke Kafe Kolej mereka kerana perut dia pun sudah meminta untuk diisi.





Friday, 8 August 2014

Popularnya Dia (Part 1)

Sebenarnya sejak pertemuan pertama membuat hati ini terpaut pada wajah itu. Kenapa ? Mungkin kerana tarikkan wajahnya. Teringin sekali diri menegurnya seperti insan-insan diri ini kenali tetapi apakan daya diri ini tidak mahu menegurnya. Hanya kerana takut dilabel perempuan yang terhegeh-hegeh dengan lelaki. Dia nampak begitu popular di kolej. Nanti apa pula kata orang yang sering menyampaikan berita-berita yang kurang baik kepada pihak-pihak tertentu. Aku hanya mampu memerhatinya daripada jauh dan berharap dia akan perasan. Tapi nampaknya dia seperti lebih gemar untuk melayan peminat-pminatnya. Alangkah indahnya hidup seperti dia sentiasa dikenali , ramai menegur dan kehidupannya juga mewah.Dia ? Itulah insan yang aku gelarkan bernama Ariel Ramadhan. Sedap bukan nama itu ? Sama seperti orangnya juga.

Mungkin hari itu adalah hari yang ditakdirkan oleh Allah mungkin untuk diri ini belajar mengenalinya. Pada satu hari aku sedang kelam-kabut ingin masuk ke kelas Perniagaan Cik Aulia. Cik Aulia bukan calang-calang pensyarah yang sesuka hati para student yang datang lewat ke kelasnya. Pantang benar bagi pensyarah itu apabila berlaku sedemikian. Beliau pasti akan mendenda setiap student tersebut seperti menambah assigment yang perlu dilakukan ataupun tidak membenarkan studentnya untuk masuk ke dalam kelasnya. Aku terserempak dengan Ariel saat kelam kabut itu sehingga menyebabkan Kad Matrik aku terjatuh daripada tudungku.

"Aduh, kenapa saat ini juga nak terlanggar dengan orang ? Dah lambat sangat nie. Kejap lagi kena halau atau tambahan assigment pula nak kena buat. Ya Allah tak sanggupnya." Alisya berbicara sendirian.

"Awak , saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi terburu-buru." Ariel memohon maaf kepada Alisya akan kesilapannya itu. Alisya seperti biasa tidak akan mendengar perkataan maaf orang kalau tengah membebel sendirian.

"Huh , awak cakap apa tadi ?"

"Saya cakap minta maaf tak sengaja sebab terlanggar awak." Pekak apa perempuan nie , aku dah cakap maafkan tadi takkan tak dengar ? Haish , sabar jelah. Walaupun sedikit bengang dengan Alisya , Ariel tetap menolong mengutip buku Alisya yang bertaburan di atas lantai.

"Oh , it's okay. Lagipun salah saya juga. Saya minta maaf ye ?" Alisya cuba berbicara selembut yang boleh walaupun patut berkejar masuk ke kelas sekarang. Sementara bukunya yang bertaburan.

"Okaylah, saya maafkan. Nama saya Ariel Ramadhan. Awak ?" Ariel teringin sekali berkenalan dengan gadis yang berhadapan dengannya waktu ini.

"Oh , okay. Eh , maaf saya terpaksa pergi dulu. Bye. Assalamualaikum." Tanpa menunggu balasan salam itu, Alisya berlari sepantas kilat untuk masuk ke kelas Cik Aulia sebelum menerima denda yang setimpal.

"Eh , awak! Waalaikummussalam." Ariel tersenyum melihat gadis itu pergi meninggalkannya dengan sepantas kilat. Dia seperti pernah melihat gadis itu tapi mungkin salah orang.

Apabila Ariel ingin melangkah kehadapan dia tersepak sesuatu dan pergi mengambilnya. Apabila dia pergi melihatnya, rupa-rupanya itu adalah kad matrik gadis itu tadi. "Nurul Alisya Syaqeera, cantiknya nama seperti orangnya.Harap-harap lepas nie aku dapat bertemu dengannya lagi. Amin" Ariel berbicara sendirian dengan nada suara yg kecil sambil tersenyum. Mungkin kerana berjumpa dengan gadis secantik itu bukan? Tapi sebelum ini dia selalu bertemu dengan gadis-gadis yang cantik tapi tidak sama seperti Alisya. Mungkin ada sesuatu yang tertarik tentang dirinya?