Tuesday, 2 December 2014

Popularnya Dia ( Part 6 )

                Selesai sudah mengebumikan along di tanah perkuburan Pulau Meranti tepat pukul 12 tengah malam. Aku tidak sangka begitu cepat Allah mengambil along daripada kami. Kini , aku benar-benar kehilangan seorang abang sulung yg selama ini aku kagumi. Air mata mengalir sedikit demi sedikit dengan derasnya di dalam bilik Kak Ngah untuk mengaburi mata ahli keluargaku supaya tidak mengetahui aku sedang menangis.

Kak Ngah memasuki bilik kerana ingin mengambil sesuatu. "Alisya , kamu menangis dik ?" Entah bagaimana Kak Ngah dapat mengesan sedu-sedan daripadaku.

"Mana ada ! Orang mana menangis." Jawabku.

"Jangan nak tipu Kak Ngah. Akak tahu kau nangis. Janganlah macam ini dik, kalau along masih hidup mesti along kecewa dengan kita sebab menangisi pemergiannya. Kesian along terseksa dekat sana. Alisya sayang along kan dik ? Kalau sayang kena kuat. Akak tak nak tengok adik akak sedih." Air mata Kak Ngah menitis saat memujuk aku agak berhenti menangis kerana dia pun merasai kehilangan seorang abang.

"Orang tak nangislah, orang sakit perut sebab dari pagi tadi makan roti je. Balik daripada kolej pun mana sempat nak jamu apa-apa sebab penat sangat." Sekali lagi aku menipu Kak Ngah agar menyangka aku tidak menangis walaupun hakikatnya aku menangisi pemergian along.

"Okay, kalau macam itu dah jangan nangis. Nanti kita makan eh ?" Kak Ngah cuba memujuk agar tangisan aku berhenti kerana dia mengetahui hakikatnya aku menipunya untuk menyedapkan hati seorang kakak.

**********

"Alisya takde kelas ke hari ini ?" Soal abah prihatin terhadap pelajaranku.

"Ada tapi malaslah nak pergi kelas. Minggu depanlah Alisya pergi kelas lagipun banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan abah ?" Alisya sebenarnya enggan pergi ke kelas sebab pertama hatinya belum cukup kuat untuk menerima hakikat abangnya telah pergi dan kedua dia pergi berdepan dengan lelaki bernama Ariel Ramadhan yang bakal menyusahkan hidupnya.

"Alisya janganlah macam ini, mesti along sedih kalau tahu adiknya tidak mahu ke kelas selepas yang terjadi. Alisya tahu bukan along nak sangat adik kesayangan dia belajar sehingga berjaya dan banggakan mama dan abah. Lagipun Alisya dah janji dengan along kan sayang belajar rajin-rajin sebelum along pergi? Walaupun apa pun terjadi Alisya perlu kuat. Allah tidak akan menguji hambanya luar daripada kemampuan mereka. Buang semua rasa kesedihan Alisya buktikan pada mereka yang Alisya kuat hadapi semua ini. Abah tahu anak abah kuat."

"Insha Allah abah orang akan kuat. Doakan Alisya ya abah ?"

"Abah sentiasa doakan anak abah. Dah jangan nangis lagi , tak cantik anak abah menangis."

Aku tersenyum apabila abah bergurau sedemikian. Selama ini abah kesedihan setelah beberapa hari kehilangan along. Betapa kuatnya abah mengahadapi semua ini. Kenapa aku tidak sekuat abah untuk kuat mengharungi semua ini? Sepatutnya aku lebih tabah berbanding abah dan mama. Mereka lebih terasa kehilangan kerana merekalah insan yang paling gembira apabila mengetahui kelahiran along di muka bumi ini.

Mulai hari ini aku perlu kuat hadapi semua ini. berhentilah segala tangisan. Aku perlu kuat sepertimana mereka kuat hadapi semua ini. Jangan pernah putus asa berdoa itulah kekuatan kita perlu ada. Aku tersenyum sendiri mengeluarkan kata-kata azimat di lubuk hatiku sebagai semangat untuk aku bangkit.

Alisya terus bangkit daripada kedudukannya sekarang dan terus menuju ke bilik Kak Ngah merangkap bilik perkongsian mereka adik-beradik perempuan. Alisya mengemas buku-buku yang dibawa pulangnya beberapa hari lepas dan menukarkan pakaiannya untuk pulang ke asrama kolejnya. Setelah puas mengemas barangnya, Alisya terus menyalami ahli keluarganya dan meminta izin untuk pulang ke asramanya di Bangi. 

"Alisya benar-benar ingin pulang ke kolej ? Sudah kuatkah Alisya untuk menghadapi semua ini ?" Tanya abah sekadar menguji.

"Alisya okaylah abah, no need to worry about me. If  something happen , just call my number. Okay abah ?" ucap Alisya sambil tersenyum kepada abahnya yang amat risau akan keadaan dirinya.

"Okay, now abah not worry about you anymore Alis. Take care of yourself sayang. If you need help , call us." Pesanan abah kepada Alisya.

Selepas menyalami ahli keluarganya Alisya memasuki perut kereta dan sebelum memulakan perjalanan Alisya melambai ahli keluarganya. Walaupun jarak rumah di Puchong dengan Bangi tidaklah sejauh mana tetapi dia pasti akan merindukan kasih sayang mereka. Atas tuntutan pelajaran di perlu kembali ke kolejnya dan cuba menyibukkan dirinya agar tidak terlampau memikirkan kehilangan alongnya. Dia perlu menerima hakikat semua ini dengan hati yang redha walaupun sakit. Dunia sebenarnya tidak kejam terhadap dirinya tetapi realiti kehidupan manusia yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya kerana Dia-lah yang berhak terhadap mahkluk yang diciptakan-Nya.

       
              

No comments:

Post a Comment