"Alis, jangan lupa malam ni kau kena teman Ariel pergi library teman dia study. Okay?" Beritahu Bat kepada Alisya.
"Kau merepek apa Bat? Apahal plak aku kena teman dia pergi library untuk study? Baik aku study diam-diam dalam bilik ni." Eh, minah ni suka hati dia je suruh aku teman mamat gila tu. Memang tak lah aku nak pergi. Hahahaha.
"Hello, makcik. Kau kena tau something okay? Ariel janji tak denda kau pun dengan gantian denda lain. Kau kena teman dia study sayang oi." Haish, minah ni kang makan penumbuk aku jugak banyak soal plak dia ni.
"Tapi takkan lah malam Bat oi. Agaklah aku perempuan weh. Siapa nak hantar balik asrama? Kau tak kesian aku ke? Sampai hatimu buat aku begini?" Ayat sesi memujuk Bat bermula. Please ah kau nak aku hadap muka dia? Kang Perang Dunia Ketiga berlaku.
"Alah, Alis kau pergi jelah eh? Aku dah janji dengan Ariel supaya kau teman dia study. Mengamuk dia nanti dengan aku. Salah satu sebab dia tak jadi denda kau buat assignment dia kau kena teman dia study. Pergilah weh. Aku taktau nak jawab apa nanti dekat dia kalau kau tak pergi." Alis, kau kena pergi sayang sebab Ariel cuba nak buat kau happy and buang rasa kehilangan kau tu. Aku tahu kau masih sedih pasal arwah abang kau. Doa Bat dalam hatinya.
"Jadi aku kena pergilah ni? Hmm, tapi takkan dengan dia berdua? Kau tahu kan tak manis dipandang orang? Teman aku please?"
"Dah tu kau ingat aku nak biar kau pergi seorang lah? Memang taklah sayang oi. Aku masih waras lagi, takde maknanya nak biar kawan aku pergi dengan lelaki bukan mahram even kawan."
"Serius? Yeay!!! Sayang kau Bat. Muah muah. Hahahaha." Nasib baik Bat teman kalau tak idok le teman pergi. Hahaha.
Setelah puas sesi pujuk memujuk antara Bat dan Alis mereka bersiap untuk menemui Ariel dan semua rakan mereka. Sejujurnya mereka ingin menyambut hari lahir Alis beberapa hari lepas. Disebabkan Alis terlampau sedih akan pemergian arwah abangnya dia menjadi lupa hari lahirnya sendiri. Aku harap kau gembira hari ni Alis. Buanglah rasa sedih kau itu semua. Aku tahu kau kuat sebab Allah swt takkan uji hambanya luar daripada kemampuan hambanya. Kembalilah dirimu yg dulu Alis. Kami rindu akan gelagatmu dulu.
Sepanjang perjalanan menuju ke perpustakaan kolej Alis tidak berfikir panjang kerana keluarnya dia dan Bat malam ini adalah untuk study. Redha jelah menghadap muka mamat tu. Kalau dia tanya soalan senang je aku buat muka taktau sudah. Senang sangat biar dia sakit hati. Padan muka kau Ariel siapa suruh dulu simpan kad matrik aku sampai jadi harta hak milik kau. Hahahahahaha.
Disebabkan Alis asyik sangat dengan dunianya dia tak sedar yg Bat membawanya ke tempat kesukaan Alis di kolej iaitu Tasik yg sentiasa menemani Alis kala sedih dan gembira.
"Kita dah sampai. Cepat turun Alis!! Kau termenung apa lagi tu???" Arah Bat kepada Alis.
"Eh, bukan kita pergi library ke? Kata nak study dengan mamat sekor tu? Apahal tetiba dekat tasik plak ni? Lepas tu tasik kesukaan aku plak tu. Kau saja nak bagi aku lepas rindu dekat tasik kesukaan aku ke apa ni? Dan macam mana kau tahu aku rindu tasik ni? Wah, ni buat aku makin sayang kau Bat!!"
Minah ni apahal lain macam sangat perangai? Scary plak aku. Takpelah, gembira lah kau Alis aku suka tengok kau bahagia macam ni. Lepas ni aku tau kau makin gembira. Insha Allah , amin.
Dalam perjalanan menuju ke Tasik gelap sangat. Semua lampu yg ada di tasik terpadam.
No comments:
Post a Comment