Sunday, 10 August 2014

Popularnya Dia (Part3)

Setelah 2 hari lepas barulah Alisya mengingati yang kad matriknya hilang 2 hari lepas. Itulah banyak sangat kerja yang nak dibuatnya sampai lupa kad matrik. Bila Bat tanya lagi sekali baru nak ingat. Semasa dalam perjalanan ke perpustakaan yang terletak di Blok B, Alisya ternampak seseorang yang dia terlanggarnya minggu lepas. Tapi Alisya takut pula ingin menegurnya kerana takut salah orang.
"Nak tegur ke tak eh ? Nanti salah orang malu habis aku. Hmmm, macam mana nie ? Tegur jelah, kad matrik dahlah penting." Setelah puas berbicara di dalam hatinya, lantas Alisya menegur insan itu. 

"Eh, awak!" Alisya memanggil lelaki tersebut. 

"Awak cakap dengan saya ke?" Ariel berlagak poyo di hadapan gadis itu. Tapi dalam hatinya berbicara, bukan dia ke budak aku terlanggar 2 hari  lepas ? Macam dialah, muka mirip sangat. 

"Ye, saya bercakap dengan awak. Adakah awak insan yang saya terlanggar 2 hari lepas?" Please, say yes! Aku dah buntu idea nak cari kad matrik aku. 

"Ye, memang saya. Kenapa?" Aku rasa aku tahu kenapa dia cari aku. Mesti kes kad matrik dia. Haha. Jangan haraplah aku nak bagi dia. Ariel berbicara di dalam hatinya sambil tersenyum.

Eh, mamat nie boleh tersenyum plak masa aku tanya dia. Sawan ke apa mamat nie? Takut plak aku nak tanya. "Ada tak awak terjumpa kad matrik saya masa terlanggar awak 2 hari lepas?"

"Kad matrik? Ada ke tak eh? Hmmm , macam takde. Saya tak ingatlah." Ariel saja menguji Alisya, teringin juga dia melihat wajah gadis itu yang kecewa. Hahaha. 

"Awak boleh serius tak? Kad matrik tu penting." Kang tak pasal-pasal dilabel bukan student dekat sini plak saya." Alisya sudah buat wajah bengang di hadapan lelaki tersebut.

Eh, bukan main lagi dia buat muka bengang depan aku. Tak pernah-pernah mana-mana perempuan buat mimik muka macam tu. Takkan dia tak perasan langsung aku BUDAK PALING POPULAR dekat sini? Bisik Ariel dalam hatinya.

"Okay, fine. Saya ada jumpa kad matrik awak. Tapi saya takkan serahkan kad matrik awak kalau awak tak ikut arahan saya. Macam nie kalau awak nak kad matrik awak balik, awak kena buat setiap assigment saya yang diberi oleh penyarah saya. Macam mana ? Boleh ?" Masanya aku nak kenakan perempuan nie. Hahaha.

Haish, mamat nie menguji kesabaran. Kau fikir kau siapa nak suruh aku buat semua tu? Bagi jelah kad matrik aku kan senang. Macam mana nie? Assigment aku pun suka buat last minute nie plak nak buat assigment orang. Botaklah kepala aku menggila menghadap laptop buat assigment.

"Bagi saya masa satu hari. Nanti saya bagi tahu awak esok. Boleh?"

"Boleh. Tapi macam mana awak nak bagi tahu saya esok?" Inilah masanya untuk aku minta nombor dia boleh jual dekat member-member. Hahaha. 

"Okay, macam nie apa kata kalau esok kita jumpa dekat pustakaan pukul 3 petang. Boleh ?" Alisya cuba berdiplomasi dengan baik dengan mamat nie.

"Why not you just give your number phone? Lagi senang nak contact awak." Minah nie nak mengelak daripada aku minta nombor dialah tu. Hahaha.

"What? Number phone ? No way! My number phone is private." Gila apa aku nak bagi nombor aku dekat dia? Mati aku. Jangan harap. Sampai mati aku takkan bagi.

"Okay, kalau macam tu ikut suka awaklah. Saya ikut idea awak tadi. Esok di sini, jangan lambat!" Takpe, rilek Ariel ada masa lagi nak kenakan perempuan nie. Tunggu kau. 

"Okay, promise!" Malas aku nak layan gila mamat nie. Baik jalan cepat sebelum kena lagi teruk. Tak pasal-pasal dia minta lebih plak.

Alisya pergi meninggalkan Ariel tanpa memberitahunya. Semua kerana dia perlu berfikir sehabis mungkin untuk mendapatkan kad matrik lelaki itu. Tapi lupa plak aku nak tanya nama dia. Aduhai, macam mana nie ? But seriously kenapa muka dia mirip sangat dengan Ariel Ramadhani. Takkan dia Ariel Ramadhani plak. Haish, mustahil! Tak mungkinlah. Ariel Ramadhani bukan baik ke? 

Alisya sangat meminati Ariel Ramadhani sejak dia kecil lagi. Macam mana kenal Ariel ? Mestilah masa mula-mula masuk realiti tv lagi. Bermula dari situ Alisya minat dengan Ariel tapi tidak sefantik orang lain yang terlampau mengambil tahu setiap gerak geri Ariel. Dia bukan perempuan jenis demikian.

                                             *************************

"Alisya macam mana kau punya kad matrik dengan lelaki tu? Dah dapat belum?" Bat cuba bertanya selembut yang mungkin kerana melihat wajah Alisya yang tengah serabut.

"Dia tak bagi. Dia kata kalau nak kena buat assigment dia selama seminggu baru dia bagi kad matrik aku. Macam mana nie ? Nak buat ke tak nak ? Assigment aku pun dah macam gunung tak siap-siap lagi, ini plak nak siapkan assigment orang. Kerja gila betul, penatlah aku bersekang mata depan laptop."

"Kalau itu jelah jalan untuk kau dapat kad matrik kau, buat jelah. Okay apa buat assigment orang boleh lah kau tahu mamat tu amik course apa dekat kolej kita. Lagi satu mengajar kau untuk belajar menyiapkan assigment dengan segera ada faham? Hahaha."

"Melampau kau Bat! Gelakkan aku. Sampai hati, merajuk jugak dengan kau karang." Alisya sudah tarik muka untuk tidak memandang Bat kerana memberi nasihat sedemikian. Kejam baginya, tiada belas kasihan langsung.

"Alolo , aku gurau jelah. Tapi okay apa. Kau buat jelah kay, nanti kalau ada benda yang patut aku tolonglah kau buat. Jangan risaulah." Bat cuba untuk memujuk Alisya dengan nada suara yang manja.  
"Hmm, kalau kau dah cakap macam tu. Aku ikut jelah. Harap takde lah mamat tu minta macam-macam lagi lepas nie. Amin." 

Mereka berjalan beriringan ke surau untuk menunaikan solat zohor yang baru sebentar tadi masuk waktu zohor. Selepas solat zohor Alisya pulang ke asmaranya untuk berehat memandangkan tiada kelas untuk petang ini. 

Sepanjang perjalanan dia memikirkan adakah itu cara yang terbaik yang patut dia lakukan. Takut tersalah langkah, buruk padahnya. Ya Allah , adakah ini jalan yang terbaik untuk aku lakukan? Semoga ini yang terbaik. Amin.








Saturday, 9 August 2014

Popularnya Dia (Part2)

"Alhamdulillah , selamat jugak aku daripada kena dengan Cik Aulia semua sebab mood Cik Aulia gembira semacam. Mesti kes suami bagi bunga untuk dia tak pagi tadi ? Hahaha. Astagfirullahal'azim , bertaubatlah Alisya daripada mengumpat Cik Aulia bertambah dosa kau." Alisya berbicara di dalam hatinya. Tapi sebenarnya dia begitu gembira apabila Cik Aulia tidak mendendanya.

"Alisya !!" Bat memanggil namanya sebelum keluar kelas. Bat ialah singakatan nama buat Batrisya rakan baik Alisya. Mereka kenal sejak zaman sekolah menengah lagi. Maka, Bat sentiasa mengambil tahu setiap yang terjadi terhadap diri Alisya. Minah senget yang suka membahan dia apabila mereka lepak beramai-ramai.

"Kau boleh tak panggil nama aku elok-elok sikit? Kau ingat aku pekak apa? Pergi jerit nama aku kuat-kuat. Telinga aku belum jadi telinga kuali lagi. Masih boleh pakai okay !" Tak sah kalau tak membebel satu hari si Alisya. Bat dah buat aura-aura bosan dengan perangai senget dia. Tapi apakan daya kawan sehidup sematilah katakan. Hanya mampu redha dengan sikap Alisya.

"Okay, fine. Kau boleh tak sehari tak membebel ? Dah naik bernanah telinga aku dengar. Sebab apa kau masuk kelas Cik Aulia lambat tadi ? Nasib baik mood Cik Aulia tengah baik tadi, kalau tak menangis tak berlagu kau kena denda. Hahahaha." Nama pun sahabat baik, memang sebijiklah perangai mereka ini.

"Kau nak tahu sebab apa? Tadi aku tengah kelam-kabut nak berkejaran masuk kelas Cik Aulia, aku terlanggar dengan satu makhluk hamba Allah yang entah turun daripada planet mana! Hahaha." Lagi satu perangai si Alisya yang memang minta penyepak daripada si Bat. Baran habis si Bat mendengar loyar buruk si Alisya.

"Kau boleh serius tak ? Aku tanya betul-betul nie. Orang makan nasi kau makan kaki tengahari nie!" Apabila Bat sudah mengeluarkan ayat power dia, tiada insan yang mampu melawan. Takut betul-betul dia buat.

"Aku cakap betullah. Tadi aku terlanggar dengan seorang lelaki. Tapi macam kenal muka dia sebab familiar sangat dekat Kolej ini. Masalahnya tadi masa terlanggar aku mana tengok sangat muka dia sebab duk kutip buku aku yang tertabur dekat lantai. Dia adalah jugak kenalkan diri tapi aku nak kejar kelas Cik Aulia mana nak otak berfungsi ingat nama dia. Hahaha. Eh , kejap! Mana aku punya kad matrik eh ?"

"Ouh , okay. Patutlah, lain kali jangan tidur lambat hanya semata-mata kau ada idea untuk menulis mak nenek. Tengok kan dah bangun lambat. Kad Matrik kau ? Manalah aku tau, jumpa kau pun lepas kelas sekarang nie. Tapi tak silap aku masa kelas kau memang tak pakai kad matrik."

"Sah! Kad matrik aku dengan mamat tadi. Macam mana nie Bat ? Aku mana ingat nama mamat yang langgar aku tadi. Hmmm, ini yang buat aku nak nangis!!" Alisya memang seorang yang pelupa orangnya tambahan pula kalau kelam kabut memang langsung tak ingatlah apa orang cakap dekat dia.

"Hah! Apa kata kau ingat balik nama mamat tadi? Mana tahu ingatan kau pulih kembali ke ?" Bat cuba untuk memberi idea kepada Alisya supaya tidak terus menerus memikirkan cara untuk mencari kad matriknya.

"Hah, idea bijak! Tapikan buat masa nie nanti dululah aku ingat nama mamat tu. Nak pergi makan , perut dah nyanyi lagu rock kapak. Hahaha. Jom pergi makan Bat!" Bat hanya mengikuti kehendak Alisya untuk ke Kafe Kolej mereka kerana perut dia pun sudah meminta untuk diisi.





Friday, 8 August 2014

Popularnya Dia (Part 1)

Sebenarnya sejak pertemuan pertama membuat hati ini terpaut pada wajah itu. Kenapa ? Mungkin kerana tarikkan wajahnya. Teringin sekali diri menegurnya seperti insan-insan diri ini kenali tetapi apakan daya diri ini tidak mahu menegurnya. Hanya kerana takut dilabel perempuan yang terhegeh-hegeh dengan lelaki. Dia nampak begitu popular di kolej. Nanti apa pula kata orang yang sering menyampaikan berita-berita yang kurang baik kepada pihak-pihak tertentu. Aku hanya mampu memerhatinya daripada jauh dan berharap dia akan perasan. Tapi nampaknya dia seperti lebih gemar untuk melayan peminat-pminatnya. Alangkah indahnya hidup seperti dia sentiasa dikenali , ramai menegur dan kehidupannya juga mewah.Dia ? Itulah insan yang aku gelarkan bernama Ariel Ramadhan. Sedap bukan nama itu ? Sama seperti orangnya juga.

Mungkin hari itu adalah hari yang ditakdirkan oleh Allah mungkin untuk diri ini belajar mengenalinya. Pada satu hari aku sedang kelam-kabut ingin masuk ke kelas Perniagaan Cik Aulia. Cik Aulia bukan calang-calang pensyarah yang sesuka hati para student yang datang lewat ke kelasnya. Pantang benar bagi pensyarah itu apabila berlaku sedemikian. Beliau pasti akan mendenda setiap student tersebut seperti menambah assigment yang perlu dilakukan ataupun tidak membenarkan studentnya untuk masuk ke dalam kelasnya. Aku terserempak dengan Ariel saat kelam kabut itu sehingga menyebabkan Kad Matrik aku terjatuh daripada tudungku.

"Aduh, kenapa saat ini juga nak terlanggar dengan orang ? Dah lambat sangat nie. Kejap lagi kena halau atau tambahan assigment pula nak kena buat. Ya Allah tak sanggupnya." Alisya berbicara sendirian.

"Awak , saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi terburu-buru." Ariel memohon maaf kepada Alisya akan kesilapannya itu. Alisya seperti biasa tidak akan mendengar perkataan maaf orang kalau tengah membebel sendirian.

"Huh , awak cakap apa tadi ?"

"Saya cakap minta maaf tak sengaja sebab terlanggar awak." Pekak apa perempuan nie , aku dah cakap maafkan tadi takkan tak dengar ? Haish , sabar jelah. Walaupun sedikit bengang dengan Alisya , Ariel tetap menolong mengutip buku Alisya yang bertaburan di atas lantai.

"Oh , it's okay. Lagipun salah saya juga. Saya minta maaf ye ?" Alisya cuba berbicara selembut yang boleh walaupun patut berkejar masuk ke kelas sekarang. Sementara bukunya yang bertaburan.

"Okaylah, saya maafkan. Nama saya Ariel Ramadhan. Awak ?" Ariel teringin sekali berkenalan dengan gadis yang berhadapan dengannya waktu ini.

"Oh , okay. Eh , maaf saya terpaksa pergi dulu. Bye. Assalamualaikum." Tanpa menunggu balasan salam itu, Alisya berlari sepantas kilat untuk masuk ke kelas Cik Aulia sebelum menerima denda yang setimpal.

"Eh , awak! Waalaikummussalam." Ariel tersenyum melihat gadis itu pergi meninggalkannya dengan sepantas kilat. Dia seperti pernah melihat gadis itu tapi mungkin salah orang.

Apabila Ariel ingin melangkah kehadapan dia tersepak sesuatu dan pergi mengambilnya. Apabila dia pergi melihatnya, rupa-rupanya itu adalah kad matrik gadis itu tadi. "Nurul Alisya Syaqeera, cantiknya nama seperti orangnya.Harap-harap lepas nie aku dapat bertemu dengannya lagi. Amin" Ariel berbicara sendirian dengan nada suara yg kecil sambil tersenyum. Mungkin kerana berjumpa dengan gadis secantik itu bukan? Tapi sebelum ini dia selalu bertemu dengan gadis-gadis yang cantik tapi tidak sama seperti Alisya. Mungkin ada sesuatu yang tertarik tentang dirinya?